Rosmah Mansur Maafkan Pemfitnah Dirinya Soal Cincin Merah Jambu

Rabu, 10 April 2019 - 11:54 WIB   [22 Klik]
Redaktur : Oce E Satria

Rosmah Mansur Maafkan Pemfitnah Dirinya Soal Cincin Merah Jambu

Datin Seri Rosmah Mansor

KORANMX.COM, KUALALUMPUR -- “Saya maafkan... tapi apa yang mustahak adalah meminta maaf pada rakyat kerana mereka percayakan fitnah yang disebarkan kepada saya.”

Demikian reaksi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ditanya mengenai pernyataan Wakil Menteri di Dewan Rakyat mengenai isu cincin merah jambu berharga kira-kira RM24 juta yang tidak dibeli olehnya seperti didakwa sebagian  pihak.

Menurut Rosmah, seperti dikutip dari Harian Metro Malaysia, ia sudah memaafkan siapapun  yang datang meminta maaf kepadanya karena mempercayai fitnah setelah tahu duduk perkara sebenarnya.

Sebelumnya Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen ( Sessions Courts  atau pengadilan sessi) Kuala Lumpur, atas pertuduhan menerima suap sebesar  RM5 juta terkait proyek solar di Sarawak.

Ia berkata, isu cincin merah jambu itu digunakan oleh sementara partai  politik untuk pemilu  lalu.

“Tapi malangnya, orang percaya fitnah itu, namun Alhamdulillah perkara yang sebenar sudah diketahui,” katanya yang mengakui sebagai isteri pemimpin negara, ia selalu sabar dan ikhlas terhadap fitnah yang dihadapinya.

Katanya, bukan itu saja fitnah yang dilemparkan kepadanya dan banyak lagi dakwaan yang terpaksa dihadapinya.

“Saya bersabar dengan fitnah demi kesejahteraan rakyat. Apa yang dialami oleh Najib, saya turut merasainya, kerana saya isteri dia. Namun, saya bersedia menghadapi apa saja dugaan yang diberikan Allah SWT,” katanya.

Rosmah berkata, rakyat terpaksa menderita akibat pembohongan yang disebarkan, kerana pembohongan lebih menarik untuk dipercayai.

“Namun, di sebalik apa yang berlaku, saya masih gembira dan bersyukur kepada Allah,” katanya.

Pada 8 April lalu, Timbalan Menteri Kewangan (Wakil Menkeu), Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengakui cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP dan sudah dibawa keluar dari Malaaaaaysia oleh agen penjualnya.

Ia berkata, agen penjual berlian merah jambu dan barangan kemas itu sudah mengisytiharkannya (mengumumkan) kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau  sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Keuangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara.

Katanya, badan itu juga membuat pengumuman barang terkait dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan Malaysia. ***



Berita Terkait

Write a Facebook Comment

Tuliskan Komentar anda dari account Facebook